Sunday, December 19, 2010

Tuesday, December 14, 2010

Friday, December 10, 2010

Ada Apa Dengan Internet

Prolog, Monolog, Monoloque, Ahh!.. Apa-Apa Je lah..

Dengan lazaf Bismillah aku dahulukan sebagai pembuka kata blog ini. Kalau ikut hukum sistem bernombor, blog ini merupakan blog ke 2 ciptaan aku selepas Blog Terlalu Poyo. Korang tentu bertanya, apa perbezaan blog ke 2 dengan blog pertama. Wahahaha..

Konsep blog ke 2 ini menjurus kepada konsep diari bergambar atau lebih dikenali dalam bahasa inggerisnya.. A Sketch Diary. Yup! ini adalah diari tentang kehidupan suka, duka, pahit, manis, cuak, suspen, seram, action, dokumentari dan lain-lain aku tapi dilakarkan dalam bentuk lukisan. Bunyinya macam cacatan realiti kehidupan. Mungkin dari diari bergambar ini, korang sedikit-demi sedikit akan mengenali aku dengan lebih dekat lagi. Atau mungkin akan makin tak mengenali aku pun boleh jadi jugak. Wahahahaha...

Okey la, cukup rasanya bebelan aku buat pertama kalinya di blog yang serba kosong ini. Anyway, jangan lupa lawat lagi bila aku up date nanti. Arigato ozaimasita. sayonnara!